Buku

Apa Bakat Saya ?

oleh Ahmad Naim Jaafar, Saiful Izzuan Hussain

RM 23.00 / RM 26.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-629-7564-13-5

Muka Surat: 216

Saiz: 5.3 x 7.6

Tarikh Terbit: 23 May 2023

Kategori:

Apakah bakat saya?

Soalan yang kelihatan mudah untuk dijawab, tetapi sebenarnya sangat rumit untuk kita meneroka dan memahami inti patinya. Tahukah anda, lebih 75% pelajar tidak mengetahui bakat dan kelebihan diri selepas meninggalkan zaman persekolahan sedangkan mereka perlu meneroka alam yang baru, menjadi orang dewasa dan membina kerjaya berdasarkan kebolehan dan juga kelebihan diri mereka.

Setiap individu memiliki bakat. Dengan mengenal pasti bakat diri secara jelas, kita mampu mengembangkan bakat itu dengan lebih sedar. Peluang kerjaya individu adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sesuai di sekitar ruang lingkup bakat diri.

Soalan yang mudah ini perlu ditanya secara kerap. Perlu ditanya di dalam bilik darjah, difikirkan di meja makan bersama ahli keluarga, dibincangkan di kedai kopi dan dibincangkan di rumah-rumah ibadat seperti di masjid, gereja ataupun pusat aktiviti masyarakat.

Moga buku ini menjadi panduan asas khususnya buat para pelajar, remaja dan belia supaya menghargai dan menekuni ilmu serta potensi diri yang dicipta khas buat setiap diri kita.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024