Buku

Che-Miss-Try: Rentak Reaksi

oleh Ejart14

RM 12.00 / RM 14.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-967-369-973-5

Kod Bar: 9789673699735

Muka Surat: 160

Saiz (inci): 5 x 7.5

Saiz (cm): 19 x 13

Tarikh Terbit: 14 May 2025

Kategori:

BISAC: YOUNG ADULT FICTION / Science Fiction

Imprint: Bookiut

Persamaan kimia? Pemalar Avogadro? Kenapa huruf bersatu dengan nombor?

Hanani pada awalnya optimis untuk melakukan yang terbaik dalam subjek Kimia, punah keyakinan diri setelah terjebak dengan kegagalan. Akan tetapi, ada insan-insan baik sudi membimbing Hanani untuk bangkit dan terus berjuang. Tunjuk ajar daripada Cikgu Shahmi dan Cikgu Farhana membuka ruang untuk Hanani membina potensi diri, walaupun selepas berhadapan dengan kejatuhan yang sukar.

Namun, di sebalik tindak balas kimia yang berwarna-warni dan nota yang menggunung tinggi, ada bahaya sedang mengintai Hanani tanpa dia sedari. Kali ini, bukan gred Kimia sahaja yang perlu dipertahankan. Ada tangan-tangan ghaib yang perlu dilawan.

Dalam dunia yang penuh dengan unsur dan formula, bagaimana pula jika ancaman sebenar tidak dapat diramal hasil akhirnya?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025