Buku

Cik Kumis

oleh Mama Bella

RM 21.00 / RM 23.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-401-156-7

Muka Surat: 488

Saiz:

Tarikh Terbit: 15 Aug 2012

Suri Rania seperti gadis-gadis muda lain. Dia bijak, ceria, bersopan santun, pandai memasak, dan pelbagai lagi kebaikan yang melayakkan dia menjadi ikon gadis Melayu terakhir. Namun, dia sukar mendapatkan pekerjaan idamannya sebagai seorang setiausaha kerana dia… (sila teka).

Pada satu hari, Suri diterima bekerja sebagai setiausaha kepada Datuk Ramli NS. Isteri kepada tokoh korporat itu, Datin Zakiah sendiri yang menemuduganya. Wah, ajaib! Suri berjaya menambat hati datin yang cerewet dan mengalahkan sepuluh calon lain.

Tanpa pengetahuan Suri, Datin Zakiah ada sebab kukuh memilihnya. Sekiranya, Suri tahu tentu dia akan menangis dan kemurungan sepanjang minggu!

Novel ini mengandungi 32 bab.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024