Buku

Dalam Dakapan Al-Quran

oleh Hilal Asyraf

RM 38.00 / RM 41.00Sabah/Sarawak

ISBN: 9789674818678

Kod Bar: 9789674818678

Muka Surat: 288

Saiz (inci): 6 x 9

Tarikh Terbit: 8 Sep 2022

Kategori:

BISAC: RELIGION / Islam / Koran & Sacred Writings (REL041000)

Buku Dalam Dakapan Al-Quran adalah buku edisi kemaskini buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan karya Hilal Asyraf, yang mengandungi tadabbur 25 ayat Al-Quran pilihan supaya dapat dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, agar masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Buku ini bertujuan mengajak masyarakat memandang Al-Quran lebih dari sekadar bahan bacaan. Ada di antara kita yang membacanya setiap hari, ada juga yang membacanya semasa Ramadhan sahaja, atau mungkin ketika kemalangan dan bencana sahaja, mengikut situasi masing-masing. Buku ini adalah hasil inspirasi daripada seorang guru penulis, Dr. Muhammad Jamal, yang mengajarkan beberapa mata pelajaran berkaitan Al-Quran, di Yarmouk University. Beliau adalah anak murid kepada Almarhum Dr. Fadhl Hassan ‘Abbas, seorang ulama tafsir terkenal di Jordan yang sangat dihormati ramai.

Dr. Muhammad Jamal, antara kegemarannya ialah memberikan kerja kursus dalam bentuk tambahan maklumat. Beliau contohnya, akan memetik satu kalimah di dalam Al-Quran, kemudian menyuruh kami mencari pandangan ulama berkenaan kalimah tersebut, dan mencadangkan kepada kami beberapa buah buku untuk kami pilih sebagai rujukan. Pada satu hari, setelah kami menghantar kerja kursus tersebut, Dr. Muhammad Jamal berkata:

“Bagaimana? Bukankah seronok? Engkau pergi merujuk untuk mencari makna satu kalimah, dan engkau pastinya tidak akan hanya membaca berkenaan kalimah tersebut. Engkau akan membelek muka surat sebelum dan selepasnya bukan? Dan itulah dia manfaatnya kerja-kerja ini.”

Dengan semangat yang sama, penulis mengarang buku ini. 25 Ayat Al-Quran ini dipilih berdasarkan kebiasaan penulis menggunakannya. Jika anda seorang yang biasa membaca karya-karya penulis sebelum ini, mungkin anda akan terbiasa dengan ayat-ayat yang ditampilkan. Seterusnya penulis memilih Tafsir Fi Zilal Al-Quran, karangan Asy-Syahid Syed Qutb, bagi memetik ulasan beliau terhadap ayat itu, sebelum diteruskan dengan pandangan dan refleksi penulis pada ayat yang dibincangkan.

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar?

Masa untuk kembali bermuhasabah.

Kandungan

Prakata

Pendahuluan

BAHAGIAN 1 : TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA

Bab 1: Menyelami Makna Khalifah

Surah Al-Baqarah Ayat 30

Bab 2: Hakikat Kehambaan

Surah Az-Zariyat Ayat 56

Bab 3: Kayu Ukur Kejayaan yang Sebenar

Surah Ali Imran Ayat 185

Bab 4: Masa dan Kehidupan

Surah Al-‘Asr Ayat 1 hingga Ayat 3

BAHAGIAN 2 : BEKAL PERJALANAN DUNIA

Bab 5: Solat dan Usaha Memadam Keburukan

Surah Hud Ayat 114

Bab 6: Ramadhan dan Misi Mencari Takwa

Surah Al-Baqarah Ayat 183

Bab 7: Rasulullah s.a.w. Ikon yang Terulung!

Surah Al-Ahzab Ayat 21

Bab 8: Kuda Perang Vs Manusia

Surah Al-‘Adiyat Ayat 1 hingga Ayat 11

Bab 9: Getaran Hati Orang yang Beriman

Surah Al-Anfal Ayat 1 hingga Ayat 4

BAHAGIAN 3 : MENCARI KEBAHAGIAAN HAKIKI

Bab 10: Syukur Ditambah, Kufur Diazab

Surah Ibrahim Ayat 7

Bab 11 Ketika Matahari Meninggi

ah Ad-Dhuha Ayat 1 hingga Ayat 3

Bab 12: Kesusahan Bersulam Kesenangan

Surah Al-Insyirah Ayat 5 hingga Ayat 6

Bab 13: Cabaran dan Dugaan dalam Perjuangan

Surah Al-Baqarah Ayat 214

Bab 14: Tidak Akan Terubah Sebelum Berubah!

Surah Ar-Ra’d Ayat 11

Bab 15: Terkunci Namun Hati Tidak Tergari

Surah Yusuf Ayat 23

Bab 16: Sumber Ketenangan Orang Beriman

Surah Ar-Ra’d Ayat 28

BAHAGIAN 4 : PECUTAN AKHIR MENUJU AKHIRAT

Bab 17: Pilih, dan Hidup dengan Kesannya!

Surah Asy-Syams Ayat 7 Hingga Ayat 10

Bab 18: Bukanlah Allah s.w.t. Meminta Kita Rezeki!

Surah Toha Ayat 132

Bab 19: Tidak Terlepas Walau Sebesar Zarah

Surah Az-Zalzalah Ayat 7 Hingga Ayat 8

Bab 20: Mati Tidak Akan Kembali Lagi

Surah As-Sajdah Ayat 12

Bab 21: Lebih Rela Menjadi Tanah?

Surah An-Nabak Ayat 40

Bab 22: Kepada yang Melampaui Batas

Surah Az-Zumar Ayat 53 hingga Ayat 54

Bab 23: Tawaran Perniagaan daripada Tuhan

Surah As-Sof Ayat 10 hingga Ayat 13

Bab 24: Serulah dengan Bijaksana!

Surah An-Nahl Ayat 125

Bab 25: Kerdilkan Diri, Berdoalah!

 

Surah Ghafir Ayat 60

Penutup

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024