Buku

Di Sebalik Tabir YouTube

oleh Yudhi Herwibowo

RM 13.00 / RM 15.00Sabah/Sarawak
Versi Cetak
Beli Online

ISBN: 978-967-5226-93-9

Muka Surat: 128

Saiz:

Tarikh Terbit: 5 Feb 2010

Siapa sangka kejayaan YouTube hanya bermula dari garaj? Tiga pemuda iaitu Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed karim membuktikannya! Tidak ada istilah Impossible, hanya I am possible. Segala-galanya berkemungkinan. Kekurangan bukan halangan dan cabaran sedia ditakluki. Tiga pengasas YouTube ini berjaya menggempur dunia maya.

Hari ini, siapa yang tidak mengenali laman web yang dikunjungi sekitar 20 juta pengunjung sebulan? Setiap hari, kira-kira 65 000 video baru diupload dan 100 juta klip video ditonton oleh pengunjung dari seluruh pelosok dunia. Warner Music, Universal Music Group dan Sony BMG Music mempercayai kehebatan YouTube dan tanpa sangsi menyediakan material bagi laman web ini. Malahan, Warner membenarkan YouTube menggunakan lagunya bagi video ciptaan mereka.

Chad, Steven dan Jawed memulakan langkah cemerlang yang berjaya melonjakkan nama mereka. Buku ini pasti dapat membawa anda menelusuri kisah mereka. Bersediakah anda menyelak tabir YouTube dan mendapat inspirasi seterusnya berjaya dalam kehidupan?

Pengantar

Penulis

Pengantar Penterjemah

Prolog

Bab 1 Semuanya Bermula dari Garaj 

Bab 2 Tiga Tokoh yang Memulakan Langkah Cemerlang

Bab 3 Sekali Bertuah dan Sepenggal Salah Faham

Bab 4 Konsep YouTube

Bab 5 Perkhidmatan YouTube

Bab 6 Persoalan: Bagaimana Cara Kerja YouTube?

Bab 7 Kes yang Dihadapi YouTube

Bab 8 Ikhtiar Lain YouTube bagi Mengatasi Masalah

Bab 9 Tip Penggunaan YouTube

Catatan

Sumber Mengenai Penulis

Sumber 

Mengenai Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020