Yazmin semakin membesar sebagai remaja yang matang. Kini berkisar tentang kehidupannya di pusat matrikulasi bersama kawan-kawan dan dunia yang serba baru baginya. Lebih menarik kerana Yazmin kembali bertemu sahabat-sahabat baiknya yang telah lama berpisah. Mereka kembali membina kehidupan bersama dengan pelbagai aktiviti dan rutin yang mencabar. Namun, dunia angan-angannya tetap tidak dapat dipisahkan. Tetapi ada kejadian aneh yang berlaku. Pada kali ini, setiap angan-angannya benar-benar menjadi kenyataan. Keadaan ini membuatkan Yazmin sangat bingung dan tertekan. Oleh itu, dia menjadi seorang yang sangat berhati-hati apabila ingin berangan. Yazmin takut dan rasa bersalah apabila setiap kali dia berangan, perkara itu benar-benar terjadi terutama apabila melibatkan kawan-kawannya
Bab 1: Dunia Baru
Bab 2: Tiang Seri Tegak Berlima
Bab 3: Gadis Niigita
Bab 4: Jejaka Misteri vs Coklat
Bab 5:Perjalanan Eksklusif Maraliner
Bab 6:Ambidextrous
Bab 7: Tensai-Teki
Bab 8: Yazmin Psikik
Bab 9: Rasa Sesat
Bab 10: MRT Jatuh Landasanm
Bab 11: Anatolia oh Anatolia