Rodent berkali-kali memberitahu Geronimo tentang perkara yang dia langsung tidak tahu. Secara tiba-tiba juga Geronimo menjadi model dan jurucakap bagi produk mangkuk tandas dan ini sangat memalukan. Geronimo terfikir-fikir, sejak bila pula dia menjadi model?
Akhirnya, Geronimo mendapat tahu ada tikus lain yang menyamar sebagai dirinya dan cuba memporak-perandakan hidupnya.