Kebahagiaan Suraya membeli-belah di kota London bertukar tragedi apabila sikap borosnya mula memakan diri. Tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan dirinya kecuali Hisham, lelaki yang kadangkala baik, kadangkala menjengkelkan.
Pertolongan Hisham datang dengan diiringi syarat! Suraya dikehendaki untuk bersetuju menandatangani kontrak transformasi Cik Shopaholic kepada Cik Minimalis. Suraya terpaksa akur dek kerana hutang keliling pinggang walaupun hatinya terus-terusan membantah.
Mampukah Suraya bertukar menjadi Cik Minimalis? Apakah kesudahan hubungan Suraya dan Hisham? Ketahui kisah Suraya dalam novel Heroku Pakai Apron!