KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAMUS INI
- Menyenaraikan makna setiap perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk.
- Menyenaraikan bilangan perkataan yang diulang di dalam ayat-ayat al-Quran.
- Menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan metode pentafsiran yang ditetapkan oleh sarjana tafsir iaitu:
- Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran.
- Mentafsirkan al-Quran dengan al-Ma`thur.
- Mentafsirkan al-Quran dengan pendapat-pendapat ulama.
- Tafsir lafaz al-Quran bersandarkan Asbab al-Nuzul (tujuan penurunan ayat) untuk memahami makna perkataan dengan lebih tepat.
- Menggunakan syair bagi menjelaskan maksud suatu perkataan.
- Menghuraikan tafsir ayat berdasarkan qiraat (bacaan) yang berbeza.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAMUS INI:
Penggunaan Peribadi:
- Baca satu entri setiap hari selepas solat Maghrib atau Insyak.
- Semak setiap ayat yang mengandungi perkataan itu dan kaji penggunaannya dalam setiap ayat. Gunakan terjemahan yang mudah difahami. Salin semula ayat-ayat al-Quran berkaitan dalam buku nota.
- Ulangkaji dengan membaca ayat-ayat berkaitan dan fahami makna perkataan yang telah dipelajari.
Penggunaan Berkumpulan:
- Setiap ahli kumpulan diberikan beberapa entri tertentu. Setiap ahli mengkaji entri-entri yang diberikan seperti metode kajian untuk penggunaan peribadi.
- Setiap ahli dikehendaki membentangkan setiap entri dengan terperinci sehingga semua ahli kumpulan memahaminya dengan jelas.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk melatih para pelajar memahami al-Quran.
Ben
Akan Terbit