Buku

Kelab Jejaka Tampan

oleh Zaryl Amzari

RM 20.00 / RM 23.00Sabah/Sarawak
Beli Online (Versi Cetak)
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5783-72-2

Muka Surat: 416

Saiz:

Tarikh Terbit: 19 Apr 2011

Kisah ini berkenaan tujuh jejaka pilihan. Kata Suzana, jejaka pilihan adalah jejaka yang berkarisma, berdaya memimpin, berani dan segala yang baik-baik belaka. Jejaka pilihan ditentukan oleh jiwa, bukan oleh rupa.

Bagi Amy pula, senang sahaja – Jejaka pilihan adalah jejaka yang tampan. Jejaka yang tampan adalah Halim dan Encik Kamarul, tiada yang lain lagi.

Lalu Amy menamakan cabaran yang dibawakan oleh Lydia sebagai ‘Cabaran mencari ahli Kelab Jejaka Tampan’. Ahli-ahlinya adalah jejaka terpilih. Keahliannya tidak terbuka kepada sesiapa. Keahliannya melalui jemputan sahaja. Cuma ada satu masalah… jejaka-jejaka terpilih tidak boleh tahu mereka terpilih.

Syyhhh.... jejaka tersebut mungkin anda. Jadi, sekiranya anda ternampak seseorang cuba merakam foto anda, pura-puralah tidak nampak. Malah anda patut melakukan aktiviti anda dengan lebih bersemangat dan lebih gaya.

Yang benar,
 Pengintip Bersiri

Tiada

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020