Hari sukan kembali lagi. Semua murid gembira dengan berita itu. Namun, ada sesuatu yang mereka tidak suka, iaitu bertukar rumah sukan. Adam masuk rumah sukan biru. Dia berlatih kawad bersungguh-sungguh bagi memastikan pasukannya menang. Menjelang hari sukan, semua murid bersorak menyokong pasukan masing-masing. Adam terpaksa menggantikan Wai Keong yang tercedera. Dapatkah Adam memastikan pasukannya menang/