Buku

Komik Tebal Dari Syurga: Edisi 3 dalam 1

oleh Artis-Artis Komik-M

RM 13.90 / RM 15.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-410-079-7

Muka Surat: 322

Saiz: -

Tarikh Terbit: 8 Jun 2012

Imprint: Komik-M

 

Seluruh dunia pasti meriah dengan Komik Tebal dari Syurga ini.
Menghimpunkan komik hari raya terbaik yang pernah diterbitkan oleh Komik-M. Bukan sahaja komiknya yang terbaik, pelukisnya juga baik-baik orangnya. Malah, orang yang membeli komikini juga pastinya orang yang baik-baik. Justeru itu… sebagai pembaca yang baik seperti anda, sebarkanlah ke seluruh dunia mengenai berita baik ini. Katakan, dunia ini ada komik yang baik untuk kita baca!


Berikut adalah testimoni orang ramai mengenai komik-komik yang terhimpun dalam koleksi ini:

Komik Kad Raya Dari Syurga

“Sebenarnya saya mahu beli kad raya, tetapi pekedai itu berikan saya buku ini. Sungguh kreatif editor Komik-M membuat strategi marketing. Tahniah!”

- Zaki Zainol.

 

Komik Baju Raya Dari Syurga

“Sejak saya memiliki komik ini, berat badan saya bertambah. Apabila disiasat, rupa-rupanya tambahan berat badan itu adalah berbunca daripada berat komik yang saya pegang. Menakjubkan!”

- Lobak Oren.


Komik Duit Raya Dari Syurga

“Tidak terkata apa… apabila membaca komik ini, saya terus tidak dapat berkata-kata. Yalah, mana boleh membaca komik sambil bercakap.”

- Jimi.

Aku, Kau & Cinta #3: 3 Dimensi

Aku, Kau & Robot

Kuih Raya Dari Syurga

Duit Raya Dari Syurga

Baju Raya Dari Syurga

Aku, Kau & Bola #1 - Separuh Masa...

Kad Raya Dari Syurga

Komik-M Raya #1

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024