Buku

MISI 10 A

oleh Afiq Salam, Nazry Salam

RM 8.90 / RM 9.90Sabah/Sarawak
Beli Online (Versi Cetak)
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0142-08-1

Muka Surat: 144

Saiz: 5.5x8

Tarikh Terbit: 24 Apr 2011

Imprint: Komik-M

Komik ini berwarna sepenuhnya

Selepas berjaya mencapai misi 8A, Aizad dan Zahid bersama-sama menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh. Di sekolah baru, Zahid menghadapi banyak masalah dan dugaan sehingga prestasi akademiknya jatuh merudum. Lebih teruk lagi, statusnya sebagai penerima biasiswa juga terancam. 


Sebagai rakan, Aizad berusaha membantu menyelesaikan masalah Zahid demi mencapai sasaran Misi 10A.


Dengan pelbagai cabaran serta rintangan yang membebankan, mampukah Aizad dan Zahid menyempurnakan Misi 10A?

“Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak.”

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi Terkenal.

 

Sebagai bapa di era teknologi, saya menerima komik sebagai medium pendidikan yang positif. Menguji penerimaan anak saya yang obses dengan skrin dan sukar fokus semasa membaca buku, beliau jatuh hati serta merta dengan komik Misi 8A karya Afiq serta Nazry. Semenjak itu, beliau terus mengumpul komik-komik di bawah siri KOMIK-M. Komik yang menjadi jambatan antara animasi dan buku telah berjaya memecahkan kebuntuan ‘susah membaca’ anak saya, dan mungkin anak anda juga.

Ustaz Hasrizal, saifulislam.com

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020