Mengisahkan tentang Nini yang sering dilanda pelbagai masalah. Masalah di sekolah, masalah jiran yang sombong, masalah kucing yang sering memberi masalah, masalah dengan kakaknya, Nana yang suka berlagak seperti bos dan bermacam lagi.
Masalah kali ini adalah dia terpaksa mengikut perpindahan keluarganya untuk kali ke 13. Bolehkah dia menyesuaikan dirinya dengan tempat baru dan jiran baru? Mampukah Bobo berubah sikap? Adakah sikap Nana masih kekal seperti seorang bos?