Hari Nur Iman berubah menjadi menarik apabila dia menerima SMS daripada peminat misteri. Ketika identiti peminatnya masih tidak diketahui, Nur Iman diminta pula oleh bosnya menghantar kek ke suatu lokasi yang agak jauh.
Misi kek kini bermula! Dari awal lagi, Nur Iman menghadapi pelbagai dugaan. Ada yang melucukan dan ada yang memeningkan. Namun dengan minyak angin sebagai teman setianya, Nur Iman sanggup menempuhi segalanya, termasuklah kerenah peminat misteri yang tidak sudah-sudah menghantar SMS. Orang sibuk mahu hantar kek, dia sibuk mahu mengurat!