Oh, Senangnya Sains Biologi adalah langkah alternatif bagi memahami prinsip-prinsip biologi yang terkandung dalam sukatan pelajaran sekolah menengah.
Kali ini, ahli Kumpulan Ekspedisi Saintifik Sains, iaitu Dao dan Bazzi menolong Naru menjelaskan prinsip-prinsip biologi yang berlaku terhadap manusia, haiwan, dan juga tumbuh-tumbuhan.
Dao dan Bazzi melakukan bermacam-macam ekspedisi bagi memudahkan penerangan kepada Naru.