Novel thriller bisnes ini mengisahkan Andre Ilhan, seorang akauntan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan pelaburan. Dia ingin membuktikan kepakarannya kepada ketua pegawai eksekutifnya, Dato? Kadir Abdul Karim yang dianggap sebagai mentornya. Meskipun begitu, semakin lama dia bertugas sebagai ketua pegawai pelaburan di HA Invest Berhad iaitu sebuah firma pembrokeran saham, semakin banyak dia terdedah kepada tipu helah syarikatnya. Perlukah dia sembunyikan perkara ini ataupun wajarkah dia laporkan sahaja kepada pihak berkuasa? Ketahui kisah selanjutnya dalam... Pelaburan Hitam.
Akan Terbit