“Bakar kapal-kapal kita semua!” perintah Tariq bin Ziad kepada panglima-panglima tenteranya sebaik sahaja semua angkatannya mendarat di pantai itu.
Panglima-panglima tentera tanpa membantah perintah Tariq bin Ziad, terus membakar kapal-kapal mereka dengan pantas. Langit di kawasan laut menjadi gelap gelita dengan asap hitam bergumpal-gumpal keluar daripada kapal-kapal yang dibakar itu. Satu-persatu kapal yang terbakar itu tenggelam ke dasar laut. Kemudian, Tariq bin Ziad memanggil semua anggota angkatan tenteranya berkumpul di hadapannya.
Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderick. Hingga kini, Gibraltar atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, Sepanyol. Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun.
Pahlawan 1 : Pedang Allah Khalid bin al-Walid Pahlawan 2 : Komander Ulung Jaafar bin Abu Talib Pahlawan 3 : Pembalasan Hamzah kepada Abu Jahal Pahlawan 4 : Rancangan Bijaksana Salman al-Farisi Pahlawan 5 : Hukuman Menghina Nabi Muhammad Pahlawan 6 : Berani Walaupun Muda Pahlawan 7 : Penakluk Andalusia Tariq bin Ziad Pahlawan 8 : Taktik Abdullah bin Zubir Menghadapi Raja Berber Pahlawan 9 : Perisik yang Bijaksana Pahlawan 10 : Pahlawan yang Merendah Diri Pahlawan 11 : Teknik Rundingan Pahlawan Islam Pahlawan 12 : Taktik Perang Abu Ubaidah bin al-Jarah Pahlawan 13 : Pemanah yang Terbilang Pahlawan 14 : Pahlawan Remaja Perang Badar Pahlawan 15 : Pahlawan Pintar dan Bijaksana Pahlawan 16 : Panglima yang Membina Bandar Basra Pahlawan 17 : Panglima Berkuda yang Cekap Pahlawan 18 : Panglima Perang Pertama Menyeberang Teluk Parsi Pahlawan 19 : Panglima Berani Mati Pahlawan 20 : Taktik Perang Psikologi Pahlawan 21 : Strategi Peperangan Asim bin Thabit Pahlawan 22 : Musuh Termakan Perangkap Sendiri Pahlawan 23 : Pahlawan Berprinsip Allah dan Syurga Pahlawan 24 : Komander Tentera Islam Termuda Pahlawan 25 : Pahlawan Perang Uhud Pahlawan 26 : Jarir Memohon Doa Rasulullah Pahlawan 27 : Pentadbiran Tentera Khalifah Umar al-Khattab Pahlawan 28 : Menawan Pulau Cyprus Pahlawan 29 : Komander Angkatan Laut Mesir Pahlawan 30 : Panglima Malik al-Ashtar Pahlawan 31 : Sultan Muhammad al-Fateh