Buku

Perempuan Limited Edition

oleh Izzati Elya, Rizki Ayu Amaliah, Ummu Kalsum Iqt

terjemahan oleh Azzah AR

RM 35.00 / RM 40.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-684-0

Muka Surat: 232

Saiz: 5.8x8.3

Tarikh Terbit: 21 Apr 2023

Kategori: Bantu Diri

Imprint: PutehPress

“Perempuan itu kaum yang diciptakan Tuhan dengan memiliki jiwa yang halus dan lembut, memiliki persona kecantikan dan tarikan, memiliki kekuatan utuh tersendiri sehingga mampu menggoncangkan dunia. Perempuan juga akan dipandang tinggi apabila memiliki sifat-sifat yang mulia. Tergolong sebagai perempuan yang sempurna ini pasti dilimpahi keredhaan dan kasih sayang Allah.

Seakannya menjadi seorang perempuan yang diredhai Allah ini amat sukar. Tetapi ingatlah firman Allah, “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

(Surah al-Baqarah, ayat 286)

Semua persoalan ini tercatat dalam Perempuan Limited Edition yang membawa kisah-kisah inspiratif serta pelbagai pesanan buat kita demi menjadi perempuan yang mahal dan diredhai Allah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

​Apa perbezaan buku Perempuan Limited Edition dengan Muslimah Limited Edition?

Jawapan: Dari segi kandungan, sama. Pihak penerbit menukarkan tajuk lama ‘Muslimah Limited Edition’ kepada tajuk baharu ‘Perempuan Limited Edition’ bagi tujuan capaian pembaca yang lebih meluas dan kebaikan dapat dikongsikan buat semua perempuan yang tumbuh mengejar persona abadi. Selain itu, pihak penerbit juga mahu semua perempuan bangkit dengan prinsip yang kukuh dalam memperkasakan nilai diri, dan menghargai keistimewaan kurniaan sejati.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024