Buku

Prostesis: Kaedah Kejuruteraan

oleh Noor Azuan Abu Osman et al.

RM 35.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-967-0685-68-7

Kod Bar: 9789670685687

Muka Surat: 200

Saiz (inci):

Tarikh Terbit: 1 May 2015

BISAC:

Imprint: PTS Akademia

Prostesis mempunyai peranan penting dalam rehabilitasi. Ada permintaan yang berkembang terhadap prostesis akibat kadar diabetes, trauma dan juga kadar hayat yang meningkat. Penyelidikan dalam bidang ini bermula semenjak Peperangan Dunia Kedua. Walaupun kemahiran praktikal dan klinikal sudah menjadi asas kepada prostesis, tetapi penyelidikan dapat membawa kemajuan asas dan praktikal dalam bidang ini. Prostesis pernah dianggap sebagai suatu bidang empirikal, dan dapatan yang dihasilkan dalam dua dekad lalu banyak memajukan bidang sainsnya. Umumnya, dalam disiplin apa pun, kajian memberi impak yang besar pada perkembangan bidang tersebut. Pasien amputasi transtibial atau transfemoral memerlukan alatan prostesis selepas surgeri bagi mendapatkan semula mobiliti dan perawakan fungsionalnya. Desain soket memainkan peranan penting pada kualiti pemasangan dan penyediaan antara muka, iaitu antara prostesis dengan puntung tangan dan kaki. Buku ini memberi fokus kepada pencantuman perkembangan penting dalam kajian prostesis dengan spesifikasi praktikal. Ia meliputi desain prostesis asas, termasuk proses desain, mekanik kejuruteraan, gerak piston dan muatan berlainan, dan ciri-ciri jenis utama peralatan prostesis.

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024