Buku

Puaka Stor Sukan

oleh Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera

RM 10.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-369-390-0

Muka Surat: 128

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: 2 May 2018

Imprint: Penerbit-X

Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan yang ada di situ. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau nak tahu tak, mana tempat paling berpuaka dalam sekolah kita?” tanya Megawati.

Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya.

“Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar!

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

  1.  Kisah Stor No. 3 oleh Del Osmera
  2. Panah Berdarah oleh Siti Solehah
  3. Puteri Kesuma oleh Pn Fakarina

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024