Buku

Puteri Diana & Memerang Hebat

oleh Majidah Mat Jusoh

RM 21.00 / RM 24.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak

Tiada lagi ulang cetak

ISBN: 978-967-401-003-4

Kod Bar: 9789674010034

Muka Surat: 128

Saiz (inci):

Saiz (cm):

Tarikh Terbit: 28 Jul 2011

Kategori:

BISAC:

Puteri Diana & Memerang Hebat adalah buku cerita kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun.

Mengisahkan Puteri Diana yang berminat dalam mengkaji haiwan yang dijumpainya di hutan semasa mengikuti kem yang dianjurkan sekolahnya. Haiwan pertama yang dijumpainya adalah memerang.

Kisah si memerang sangat menarik minatnya hinggakan ada perkara yang tidak diketahuinya dapat diperoleh dalam sekelip mata apabila berbicara dengan Encik dan Puan Memerang. Si memerang sebenarnya memiliki sifat menarik dan mampu menebang sebanyak 400 pokok dalam masa setahun dengan menggunakan empat batang gigi hadapan. Pokok yang ditebang bagi membina empangan untuk tempat tinggal mereka.

Selain itu juga si puteri mengkaji apakah kategori keluarga si memerang, jangka hayat mereka dan kehidupan keluarga si memerang.

  1. Memohon Izin
  2. Santap Bersama
  3. Siapakah Dia?
  4. Si Puteri Hilang?
  5. Memerang Si Jurutera Hebat
  6. Memerang Makan Apa?
  7. Spesis Memerang
  8. Helikopter Penyelamat

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025