Chef Hanieliza adalah penulis buku resipi yang aktif menghasilkan buku resipi serta beberapa kali dijemput menjayakan program demo memasak di televisyen. Selain aktif berkongsi resipi dan mempromosikan dunia masakan di blog dan fotopages, beliau juga sudah menghasilkan 15 buah buku resipi di bawah siri 'Senangnya Memasak' diikuti buku untuk Projek Eksklusif bersama Popular Book Store berjudul 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa. Beliau juga sudah menghasilkan dua buah buku premium berjudul Resipi Kek & Biskut dan 50 Hidangan Penambat Selera.
Kini beliau tampil lagi dengan siri baru iaitu 'Resipi Warisan' yang menghidangkan resipi turun-temurun yang jarang diperoleh, namun mudah dipelajari oleh kaum hawa khususnya untuk mereka yang mahukan kelainan dalam sajian harian keluarga.
Telur Dadar Kentang Popia Kentang Kuih Gulung Berlauk Bergedel Ayam Jemput-Jemput Kentang Talam Keladi Berlauk Masak Lemak Cili Api Keladi Koleh Ubi Badak Sayur Lemak Keledek dan Daun Kayu Gulai Keledek Tumis Darat Puli (Lopes) Ubi Kayu Kuih Ubi Kayu Kukus Jemput-Jemput Ubi Kayu Lempeng Ubi Kayu Pindang Ubi Kayu Ubi Kayu Goreng berempah Masak Lemak Daun Kesum Ubi Ungkep Ubi Kayu Sayur Lemak Sengkuang Acar Sengkuang Sengkuang Calit Masak Bening Ubi