Kerajaan Angkor menemui kapal udara bernama Garuda lalu digunakan bagi menyerang Empayar Nilam. Engku Rahman, Gabenor wilayah Qadaha sudah ditawan dan dijadikan tebusan. Kerajaan Angkor mengugut bagi membunuh Engku Rahman sekiranya Empayar Nilam gagal memenuhi permintaan mereka dalam masa sebulan. Permintaan mereka: Rajawali Merah dan Rajawali Biru. Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kedua-dua kapal udara ciptaan Adinila itu. Namun, mereka ada muslihat lain bagi menyelamatkan Engku Rahman. Berjayakah mereka dalam misi itu?
Akan Terbit