Auni sering bangun lambat. Hampir setiap pagi kakak-kakanya menjerit bagi memanggil Auni. Auni suka berangan menjadi puteri raja dan sangat suka makan sandwic. Auni tidak kisah berkongsi makanan apa pun dengan kawan-kawannya, tetapi dia tidak sanggup mahu berkongsi sandwicnya. Setiap kali membawa sandwic ke sekolah, Auni tidak mahu beri kawan-kawannya makan. Sehingga pada suatu hari, Auni mendapat sandwic misteri dan sejak itu Auni mula menyiasat siapa pemberi sandwic misteri itu.