Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan yang baru ditabalkan itu masih belum berpuas hati. Dihulurkan tangan kirinya dan dengan segera Indera Bumi berubah bentuk. Ukiran-ukirannya menjalar membentuk zirah di tangan kirinya. Namun, ia tidak berhenti di situ. Ukiran-ukiran itu terus menjalar sehingga meliputi bahagian hadapan dan belakang dadanya, sehingga kelihatan seperti sebahagian baju zirah yang berkilauan.
Di medan tempur, angkatan Sedinggi dan Dasyuria bekerjasama. Melupakan segala sengketa lama. Mereka dibantu kaum Bunian dan Pemusnah Jiwa. bersabung nyawa menentang Sigorong di Wilayah Dakawa...
Akan Terbit