Clay Carter mengimpikan hidup dengan kerjaya yang lebih bagus dari apa yang dia ada sekarang. Dia bekerja sebagai peguam yang berkhidmat dengan kerajaan. Suatu hari dengan hati yang berat beliau mengambil kes seorang pemuda yang dikaitkan dengan insiden tembak menembak di jalanan. Sangkanya ia sebuah kes pembunuhan jalanan yang kerap berlaku di Washington D.C
Namun dia langsung tidak menyangka kes tersebut membawanya membongkar rahsia sebuah syarikat farmasi. Lebih dari itu, dia berada di tengah-tengah satu kerumitan dan satu peluang besar yang bakal mengubah hidupnya.
Yang bakal menjadikannya 'Raja Tort!'
Akan Terbit
Akan Terbit