Buku

Tip Sihat ke Tanah Suci

RM 15.00 / RM 17.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-366-153-4

Muka Surat: 144

Saiz:

Tarikh Terbit: 11 Jun 2012

Haji adalah rukun Islam kelima. Tidak seperti rukun Islam yang lain, ibadat haji menuntut pelbagai bentuk persediaan yang menjangkau aspek harta benda, pengurusan masa, rohani, mental, dan fizikal secara menyeluruh. Ia bukan waktu bagi bersenang-lenang, membeli-belah, bersantai, ataupun berniaga, tetapi semuanya dipusatkan bagi menyatakan rasa kehambaan kepada-Nya.

“Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah, atau mengerjakan Umrah, maka tidak menjadi salah dia bersai antara keduanya. Dan sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka Allah memberikannya balasan pahala, Dia Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 158)

Bersenam menjadikan kita sihat. Kesihatan menjadikan kita berjaya. Ini adalah fitrah kehidupan. Dalam apa pun perkara, ia mesti berpandukan ilmu dan tip-tip daripada sumber yang betul. Terutama dalam urusan ibadat. Buku Tip Sihat ke Tanah Suci ini adalah sumber timely sebagai panduan untuk berjaya menerusi senaman yang betul.

Bab 1  Cabaran adalah Ujian

Bab 2  Lautan Manusia

Bab 3  Persediaan Fizikal

Bab 4  Kebaikan Senaman

Bab 5  Komponen Kecergasan

Bab 6  Fasa Senaman

Bab 7  Kadar Nadi

Bab 8  Kaedah Senama

Bab 9  Kaedah Latihan Bebanan

Bab 10  Solat Satu Senaman

Bab 11  Pergerakan Haji

Bab 12  Senaman Haji

Bab 13  Lampiran Bergambar

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024