Demi mendapatkan semula seutas jam poket antik daripada kedai pajak, Edrina dan Hanna bertungkus lumus bekerja sambilan di butik dan pusat mencuci kereta walaupun mereka masih lagi bersekolah.
Malangnya, apabila wang yang dikumpul sudah mencukupi, jam poket antik itu sudah pun dibeli orang. Tetapi, mereka tidak berputus asa. Jam poket antik itu mesti didapatkan. Edrina dan Hanna akan mencari pembeli jam itu hingga ke lubang cacing sekalipun!
Mengapa jam poket antik itu begitu penting?
Bab 1: Cuti Sekolah
Bab 2: Kisah Silam Pak Ngah
Bab 3: Kerja Sambilan
Bab 4: Ke Perak
Bab 5: Ketinggalan Bas
Bab 6: Patah Balik ke KL
Bab 7: Curi ataupun Beli?
Bab 8: Ziarah
Bab 9: Hampir Kemalangan
Bab 10: Kejayaan