Ella yang meminati bidang fesyen menyambung pelajaran dalam bidang berkenaan di sebuah kolej terkemuka. Minat Ella ini mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya. Ella berkongsi minat yang sama dengan Najwa, sahabat baiknya di kolej.
Ella dan Najwa mengambil bahagian dalam pertandingan fesyen yang dianjurkan oleh pihak kolej. Namun, Tyra dan Alia tidak senang dengan penyertaan kedua-dua sahabat ini. Mereka mengatur strategi untuk memastikan Ella dan Najwa menarik diri daripada pertandingan.
Dapatkah rekaan fesyen Ella dan Najwa menandingi Tyra dan Alia?