Buku

Usahawan Cilik: Burger Del

oleh Faizal Dzasrik

RM 15.00 / RM 17.00Sabah/Sarawak
Beli Online (Versi Cetak)
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-041-1

Muka Surat:

Saiz:

Tarikh Terbit: 28 Sep 2010

Keluarga Encik Fadhil (Fadhil – ayah, Seha – mak dan anak-anak lelakinya Farid & Farhan) sudah sekian lamanya menjadi penjaja warung burger terkenal di taman perumahan mereka di Taman Taming Jaya, Balakong.

Namun begitu, populariti mereka terjejas teruk selepas sebuah lagi warung burger baru yang lebih menarik dibuka berhampiran mereka. Pesaing mereka adalah keluarga Encik Hisham (Hisham – ayah, Jun – mak dan anak-anak perempuannya Nani & Lisa). Daya penarik keluarga Encik Hisham terletak kepada anak-anak perempuannya yang ‘manja, manis dan mesra pelanggan’.

Kebanyakan pelanggan-pelanggan terutamanya pekerja-pekerja kilang berhampiran ‘jatuh hati’ dan banyak membeli burger daripada mereka. Keluarga Encik Fadhil tidak berpuas hati. Anak-anak Encik Fadhil, Farid dan Farhan merancang ‘strategi demi strategi’ bagi mengembalilkan kemahsyuran warung burger mereka.

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020