Buku

Usahawan Cilik-Mufin Manja

oleh Hani Ismail

RM 14.00 / RM 16.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5226-50-2

Muka Surat: 176

Saiz:

Tarikh Terbit: 26 Aug 2009

Farahin, pelajar lepasan SPM yang menghadapi dilema mencari arah masa depannya telah mengambil keputusan mengusahakan perniagaan mufin. Di sekolah, pelajar-pelajar nakal menggelarnya Mrs. Teapot kerana tubuh badannya yang gempal. Di rumah, nama jolokannya ialah Manja.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Farahin semasa dalam usaha membangunkan perusahaan mufin. Selain menghadapi masalah dengan pengurusan dirinya sendiri, produk mufinnya turut menerima tohmahan dan umpatan pengusaha makanan lain. Berjayakah Farahin menjadi usahawan mufin?

Temui jawapannya dalam Mufin Manja. Sungguh menyelerakan! Selain memaparkan kisah Farahin dan Mufin Manja, di dalam naskhah ini juga terdapat pelbagai resepi mufin yang enak; teka silang kata yang menguji minda; petua memasak; dan tips menjalankan perniagaan dari rumah serta tips menjadi usahawan berjaya. Selamat membaca!

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024