Buku

Weil China

oleh Emine Uzqan Syenlikoghu

RM 14.50 / RM 16.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-366-019-3

Muka Surat: 240

Saiz:

Tarikh Terbit: 21 Jul 2010

Pengalaman sebenar Qan, seorang rakyat Turki yg tinggal di China bersama keluarganya. Qan bersama abangnya, Turghut, berjaya melanjutkan pelajaran di bandar. Kerisauan ayahnya terhadap pegangan hidup kedua-dua anaknya sejak mereka mendapat tawaran bersekolah di bandar semakin bertambah apabila gerakan ateis dan komunis semakin mendapat tempat.

Kebimbangannya menjadi realiti apabila Qan dan abangnya mula terpengaruh dan menyertai gerakan komunis menghapuskan masyarakat Islam. Mereka terlupa asal usul dan janji terhadap keluarga. Namun penglibatan Qan dalam gerakan komunis tidak bertahan lama apabila dia sedar keburukan fahaman itu. Tetapi tidak bagi abangnya yang semakin bangga dengan komunisme.

Pelbagai peristiwa berlaku sejak abangnya meninggalkan keluarga; ibu dan kakak Qan ditangkap dan dihantar ke luar negara, tidak pernah dijumpai hingga ke hari ini, ayah Qan meninggal dunia kerana memperjuangkan Islam, bayi kakak ipar Qan dibunuh dengan kejam; kakak iparnya yang gila ditembak!

Segala-galanya berlaku di depan matanya. Qan kemudiannya ditangkap, dikurung berpuluh-puluh tahun dan diseksa oleh komunis. Dan dalam kelam penjara itulah, hidayah Allah kembali menemuinya.

Kecekalan hatinya menghadapi semua seksaan akhirnya menemukan dia denngan orang yang dinantikannya selama dikurung, iaitu abang kandungnya yang sudah lama menghilang. Tetapi dia muncul kali ini bukan sebagai seorang abang, tetapi sebagai pengarah penjara yang menentukan setiap seksaan terhadap banduan-banduan, termasuk adiknya.

Tergamakkah seorang abang menyaksikan penyeksaan seorang adik?

Dapatkah Qan memaafkan abangnya?

Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan kesusateraan antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin.


Biodata Penterjermah:
Mohd Rofizi bin Dollah. Berasal dari Kampung Alor Majam, Bachok, Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar peringkat Sarjana Muda dalam Fakulti Bahasa Arab dengan mendapat B.A (Hons) pada tahun 1997. Kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi.

Tiada

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024