Berusaha menjawab persoalan hidup rasanya tidak pernah selesai. Sejauh mana pun kita melangkah, selalu ada ratusan ribu tanda tanya, tanda saru, dan titik tanpa koma yang bersarang di kepala.
Masalah baharu dan tanggungjawab baharu bergantian datang untuk memeriahkan kehidupan. Memilih untuk pergi dan menghilang adalah alternatif yang baik untuk mencari ketenagan. Namun, adakah itu benar-benar satu-satunya jalan keluar?
Tiada formula pasti untuk menyelesaikan masalah. Kita hanya perlu mengenali dan memanfaatkan sepenuhnya apa yang ada dalam diri. Sekarang, sudah tiba masanya, kita mencari ruang untuk merenung, percaya pada kemampuan diri, dan menanam banyak pemikiran positif dan diri sendiri.
Mari kita hadapi segala cabaran yang datang dengan berdiri teguh di atas kaki sendiri. Mari kita ucapkan kalimat yang paling ajaib yang dapat kita ciptakan sendiri.
BAB 1: Untuk Menang Tidak Hanya Perlu Tenang
BAB 2: Hidup adalah Punca Masalah
BAB 3: Generasi Z adalah Generasi Lemah
BAB 4: Aku Takut Gagal, tetapi Aku Bukan Pengecut
BAB 5: Berdamai Hanya Menjadi Ilusi Sekiranya…
BAB 6: Sokongan Diri Bergantung kepada Isi Kepala dan Hati
BAB 7: Beringat dan Berubah
BAB 8: Manusia Moden Ingin Mengetahui Segalanya
BAB 9: Kebahagiaan Sebenarnya Berada di Tangan Siapa?
BAB 10: Waktu Pagi adalah Waktu Berharga
BAB 11: Ikhlas Bukan Hanya Mengenai Kepergian, tetapi Ikhlas adalah Sebahagian daripada Proses
BAB 12: Pada Akhirnya, Semua akan Tercapai
BAB 13: Selamat Berlepas!
Mengenai Penulis
Ben
Akan Terbit