Ebook
Ayah sebagai Hero, Anak sebagai Sahabat, Melukis Keluarga Bahagia
E-ISBN: 9786294930568
Tarikh Terbit: 1 Jun 2024
BISAC:
FAMILY & RELATIONSHIPS /
Parenting /
Fatherhood (FAM020000)
Imprint: PTS Publishing House
Ibnu al-Adim, seorang tokoh ilmuwan agung yang pernah dilahirkan di Syam(Syria). Ibnu al-Adim menguasai pelbagai cabang ilmu seperti sastera, bahasa, sejarah, hadis dan fiqh.
Beliau menulis buku ini sebagai penghargaan kepada Sultan al-Malik az-Zahir Abu al-Muzaffar Ghazi, iaitu raja yang memerintah Halab pada tahun 582 Hijrah. Halab menjadi begitu gemilang sehingga ia dianggap kiblat bagi para cendekiawan dan Kaabah bagi sasterawan.
Ibnu al-Adim menumpahkan sepenuh jiwanya pada pendidikan dan hubungan seorang ayah dan anak melalui buku ini. Pembaca juga dihidangkan dengan kisah-kisah rakyat serta syair mengenai ayah dan anak. Sebagai sasterawan dan ilmuwan, ketelusan kepengarangan Ibnu al-Adim menjadikan buku ini padat dengan ilmu serta segar dibaca.
Melalui buku ini, semoga terlahirnya insan-insan berguna seperti Sultan al-Malik yang menghidupkan budaya ilmu, membela nasib orang susah dan memuliakan ulama.
Peta Buku
Pengantar Penerbit
Prakata Penulis
Bab 1: Galakan Memiliki Zuriat
Bab 2: Tegahan Memiliki Zuriat dalam Keadaan Tertentu
Bab 3: Berbangga dengan Anak
Bab 4: Anak Melelahkan Kita!
Bab 5: Anak yang Genius
Bab 6: Si Dungu yang Mencuit Hati
Bab 7: Kasih Bapa Tiada Tara
Bab 8: Tanggungjawab Anak kepada Bapa
Bab 9: Wahai Guru! Didiklah Anak Saya
Bab 10: Kanak-kanak Pandai Menjawab
Bab 11: Kerisauan Terhadap Anak
Bab 12: Bapa yang Pilih Kasih
Bab 13: Tidak Mahu Mati kerana Terlalu Cintakan Anak
Sumber Rujukan