Buat Duit dengan Affiliate
oleh Azahar Abdul Rahman


Versi eBook

RM10.00

e-ISBN:
978-967-411-796-2
Tarikh Terbit:
19 Jan 2016
Jumlah Muka Surat:
160
Kategori:
Bisnes & Pengurusan,
Penerbit:
PTS Publishing House

Melalui program affiliate, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin disertai serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan di seluruh dunia. Kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata bagi melariskan jualan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin dijual.

Kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah dengan penuh keselesaan tanpa berkejar-kejar mencari pelanggan dan bermesyuarat sehingga larut malam. Kita juga tidak perlu menganjurkan seminar bisnes bagi mencari orang bawahan (downline) bagi kembangkan bisnes kita. Program ini juga sesuai bagi suri rumah yang berminat menambahkan pendapatan tetapi tidak mempunyai kesempatan atau masa bagi melakukannya di luar rumah.

Dalam internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin. Buku ini menerangkan beberapa contoh program affiliate yang boleh disertai sebagai permulaan dan kemudian, kita boleh menceburi program-program lain yang lebih maju. Setiap program mempunyai kaedah tersendiri dalam membayar komisen kepada peserta affiliate. Apa yang perlu diketahui adalah jumlah peratusan komisen yang diberikan kepada kita selepas berjaya membuat jualan dan bagaimana wang komisen itu sampai kepada kita.

Prakata 

Bab 1: Pengenalan 

Bab 2: Apakah Program Affiliate? 

Bab 3: Apakah yang Perlu Kita Ada? 

Bab 4: Bagaimanakah Program Affiliate Bekerja 

Bab 5: Contoh Program Affiliate 

Bab 6: Bagaimanakah Mencari Program Affiliate? 

Bab 7: Clickbank 

Bab 8: Menjadi Super Affiliate 

Bab 9: Memilih Program Affiliate 

Bab 10: Bagaimanakah Cara Mengelakkan Komisen Kita Dicuri 

Bab 11: Contoh Laman Web Peserta Super Affiliate 

Bab 12: 18 Cara Mempromosi Program Affiliate yang Kita Sertai 

Bab 13: 20 Kesilapan yang Perlu Kita Jauhi 

Bab 14: Kembangkan Perniagaan Anda 

Penutup

Buku Berkaitan