Ebook

Make Your Bed: Edisi Bahasa Melayu
E-ISBN: 9786294932302
Tarikh Terbit: 14 Jan 2026
BISAC:
SELF-HELP /
Personal Growth /
Self-Esteem (SEL023000)
SELF-HELP /
Motivational & Inspirational (SEL021000)
Imprint: PTS Publishing House
Jika anda mahu mengubah dunia, mulakan dengan mengemas katil anda.
Pada 17 Mei 2014, Admiral William H. McRaven menyampaikan ucapan kepada para graduan di University of Texas at Austin pada hari Konvokesyen mereka. Berinspirasi daripada slogan universiti tersebut, “What starts here changes the world”, beliau berkongsi sepuluh prinsip yang dipelajarinya semasa latihan Navy SEAL – prinsip yang bukan sahaja membantunya mengharungi cabaran ketenteraan dan kerjayanya yang panjang, malah membentuk keteguhan dirinya sepanjang hidup. Beliau menunjukkan bagaimana sesiapa pun mampu menggunakan pelajaran asas ini untuk memperbaiki diri dan, akhirnya, menyumbang ke arah dunia yang lebih baik.
Ucapan asal McRaven tular dengan lebih 10 juta tontonan. Berdasarkan tunjang utama ucapannya itu, beliau kemudian menghimpunkan kisah hidupnya dan kisah insan luar biasa yang ditemuinya sepanjang perkhidmatan ketenteraan – mereka yang berdepan kesukaran, membuat keputusan genting, namun tetap memilih ketabahan, belas ihsan, kehormatan, dan keberanian. Dituturkan dengan rendah hati dan penuh optimisme, buku abadi ini menawarkan hikmah ringkas, nasihat praktikal, dan kata-kata penguat semangat yang mampu mengilhamkan pembaca untuk mencapai lebih banyak kejayaan, walaupun pada saat hidup paling kelam.
“Luar biasa.” – USA Today
“Penuh anekdot peribadi yang memikat dari dunia keselamatan negara.” – Washington Post
“Unggul, pintar, dan padat.” – Forbes
Isi Kandungan
Prakata
Mulakan Hari Dengan Satu Tugas Yang Sudah Selesai
Anda Tidak Mampu Melakukannya Seorang Diri
Yang Penting Ialah Sebesar Mana Hati Anda
Hidup Ini Tidak Adil—Jalan Terus!
Kegagalan Dapat Menjadikan Anda Lebih Kuat
Anda Mesti Benar-benar Berani
Berani Menentang Pembuli
Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang
Berikan Harapan
Jangan Sekali-kali Berhenti
Ucapan Perasmian di Universiti Texas
Penghargaan
Tentang Penulis



