Ebook

Ottomania: Sejarah Dawlah Uthmaniyah dari Kaca Mata Arab

oleh Alif Fitri

RM 35.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9786294932869

Tarikh Terbit: 30 May 2026

BISAC: RELIGION / Islam / History (REL037010)
HISTORY / Islamic (HIS065000)

Membaca sejarah merupakan proses menjana perspektif terhadap sesuatu peristiwa masa lalu. Begitu juga dengan Sejarah Uthmaniyah yang berjela-jela sehingga menjangkau tempohenam abad lamanya. Ia merupakan satu ‘pengembaraan’ yang panjang.

Bagaimana mungkin seseorang boleh mendakwa dirinya benar-benar memahamiUthmaniyah? Sedangkan, selagi matahari dan bulan masih ada, selagi itulah perspektifsejarah akan tetap silih berganti. Pengembaraan sejarah tidak pernah berhenti.

Di sebalik kebangkitan fenomena drama sejarah Turkiye seperti Diriliş: Ertuğrul dan Kuruluş: Osman, muncul satu keperluan mendesak untuk kita memahami sejarah kerajaanUthmaniyah menerusi kerangka fikir yang lebih jelas dan kukuh. Ottomania hadir sebagainaskhah yang menghimpunkan fakta serta menawarkan perspektif berbeza yang jarangditerokai dalam wacana arus perdana.

Buku ini bakal menjawab isu-isu sensasi berkaitan sejarah kerajaan Uthmaniyah, selainmenelusuri wacana sejarah Uthmaniyah daripada sumber Arab yang turut menjadi salah satusumber utama sejarah kerajaan ini.

Antara inti pati menarik dalam buku ini:

•⁠ ⁠Rekonstruksi Kerangka Fikir Sejarah: Buku ini membina "Kerangka Fikir Sejarah Menurut Islam" untuk membedah sejarah umat Islam secara kritis dan objektif, sekali gusmenawarkan pilihan jawapan terhadap provokasi aliran pemikiran anarkis, liberal, dan sekular.

•⁠ ⁠Penerokaan Historiografi Sumber Arab: Penulis menonjolkan kepentingan sumberberbahasa Arab dari wilayah hot spot seperti Mesir, Syam, dan Hijaz sebagai rujukan pentingyang sering dipinggirkan dalam naratif arus perdana sejarah Uthmaniyah.

Ayuh kita kembali menilai, apakah perspektif kita terhadap sejarah kerajaan Uthmaniyahselama ini? Dan yang paling penting, dari manakah sumbernya? Selamat membaca!

KANDUNGAN

 

Pendahuluan

Bahagian 1: Isu-isu Sensasi Berkaitan Sejarah Kerajaan Uthmaniyah

  • BAB 1: Kemunculan Genre Pop Sejarah
  • BAB 2: Ghairah Menyingkap ‘Darkside’
  • BAB 3: Semua Boleh Menulis!
  • BAB 4: Aliran - aliran Penulisan Sejarah Kerajaan Uthmaniyah
  • BAB 5: Uthmaniyah dan Kekhalifahan Islam
  • BAB 6: Sultan-sultan Uthmaniyah tidak Mengerjakan Haji?
  • BAB 7: Empayar atau Dawlah?
  • BAB 8: Antara Aurat dan Khayalan
  • BAB 9: Bey, Sultan dan Khalifah

 

Bahagian 2: Wacana Terpilih Sejarah Kerajaan Uthmaniyah daripada Sumber Arab

  • BAB 10: Bahasa Arab dan Historiografi Uthmaniyah
  • BAB 11: Mesir, Syam dan Hijjaz ‘Hot Spot’ Kajian Uthmaniyah di Luar Turki
  • BAB 12: Wacana Keilmuan Uthmaniyah; Ulama di sekeliling Sultan Muhammad al-Fatih
  • BAB 13: Karya Sejarah Uthmaniyah 3 dalam 1
  • BAB 14: Sumber Biografi Figura-figura Penting dalam Sejarah Uthmaniyah
  • BAB 15: Antara Pembukaan dan Penaklukan
  • BAB 16: Sejarah Uthmaniyah dari Dua Sisi: Kes Sultan Abdul Hamid II
  • BAB 17: Khazanah berbahasa Arab di Perpustakaan Sulaimaniyah
  • BAB 18: Uthmaniyah sebagai Sejarah Islam; Kerangka Fikir dan Ilmu Alat
  • BAB 19: Capaian Terhadap Sumber Berbahasa Arab; Satu Bancian Rawak

 

Rumusan

Penutup

Rujukan

Biografi

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026