Ebook

Pantun untuk Majlis dan Acara Rasmi

oleh Datin Asima Abdul Latiff

RM
Versi eBook

E-ISBN:

Tarikh Terbit: 23 Jan 2015

BISAC:

Tumbuh purun di tepi kali, Menjadi tikar dikerat-kerat. Khazanah pantun indah sekali, Setiap kata berkias ibarat.

Pantun adalah satu keindahan seni bahasa berirama. Maksud yang ingin kita sampaikan mudah difahami sambil dinikmati keindahan bahasanya. Walaupun kandungannya kadang kala berupa kritikan tajam dan pedas, namun maksud yang ingin disampaikan dapat diterima dan menjadi lunak pada pendengaran kita.

Buku ini menghimpunkan 900 pantun yang indah bagi menghiasi majlis dan acara rasmi supaya lebih berseri-seri. Pantun dalam buku ini dapat disesuaikan untuk pelbagai majlis dan boleh diolah semula mengikut kesesuaian majlis. Pantun ini dicipta khusus untuk membolehkannya digunakan dalam majlis-majlis kontemporari. Dendangan pantun dalam satu-satu majlis memuliakan lagi majlis-majlis yang sudah sedia mulia.

Dahan lemuni terkulai layu, Disusun-susun di tepi telaga. Indah dan murni sastera Melayu, Khazanah pantun mesti dijaga.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025