Ebook
Projek Aspirasi X: Mecha Robotik
E-ISBN: 9786294931626
Tarikh Terbit: 24 Jul 2025
BISAC:
JUVENILE FICTION /
Comics & Graphic Novels /
Science Fiction (JUV008140)
Imprint: PTS Junior
Sebuah komik pendidikan yang mengupas ilmu kejuruteraan mekanikal berlandaskan pengetahuan sainstifik terkini sambil memupuk pemikiran kreatif dan kritis.
Sinopsis
Sekumpulan pelajar membina robot kitar semula pintar yang mampu mengenal pasti dan memisahkan sampah secara automatik. Setelah menghadapi pelbagai cabaran teknikal, mereka berjaya mencipta robot mesra alam yang membantu mengurangkan pencemaran, memudahkan kitar semula, dan menginspirasi seluruh sekolah mereka.
Antara topik STEM dalam buku ini:
1. Sistem Mekanikal dalam Kehidupan Harian: Lif dan kenderaan direka bentuk memudahkan urusan harian.
2. Robotik dan Automasi dalam Industri: Robot digunakan meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam industri.
3. Sumber Tenaga dan Mesin Moden: Tenaga air, angin, elektrik menggerakkan mesin mesra alam
Bab 1: Kemudahan Awam
Bab 2: Automotik Pintar
Bab 3: Punca Sumber Tenaga
Bab 4: Mekanisme Pengangkutan
Bab 5: Kitar Robot


