Ebook

Puaka Tangki Air Sekolah

oleh Rhea, Del Osmera, Zaki Zainol

RM 6.40
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 978-967-369-490-7

Tarikh Terbit: 27 Mar 2020

Imprint: Penerbit-X

“Nazrul cakap dia ada dengar suara panggil nama dia.”

“Suara?” Riak muka Fahrin berubah.
Hisyam mengangguk. “Suara tu katanya asyik menyeru-nyeru nama Nazrul meminta tolong. Nazrul kata masa dia tidur pun dia dengar suara tu memanggil.” Hisyam menceritakan apa yang Nazrul beritahu kepadanya. Nazrul tidak berahsia dengannya.
“Suara apa?”
Hisyam menjongket bahu. Dia pun tidak tahu kerana hanya Nazrul sahaja yang mendengar suara itu. Hisyam percaya yang Nazrul tidak menipu. “Saya tak tahu. Tapi Nazrul cakap suara tu datangnya dari menara tangki air lama belakang sekolah. Saya sudah puas larang Nazrul supaya tidak ke tempat tu. Tapi dia berkeras juga. Dia cakap nak selamatkan orang. Saya suruh dia beritahu kepada cikgu, tapi dia tak mahu.” Dia kesal kerana mengikut kata-kata Nazrul. Jika dia bertindak melaporkan hal tersebut lebih awal kepada guru mereka, mungkin Nazrul masih hidup.

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

  1. ​Mangsa - Rhea
  2. Jembalang - Del Osmera
  3. Nenek Karipap yang Tersakiti - Zaki Zainol

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020