Ebook

RENTAS

oleh S A Malik

RM 39.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9789673699292

Tarikh Terbit: 29 Nov 2024

BISAC: FICTION / Friendship (FIC071000)
YOUNG ADULT FICTION / Science Fiction / Time Travel (YAF063000)

Imprint: Penerbit-X

Hidup Reyzal (bukan nama sebenar) sentiasa kelabu semenjak dia menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Perancis, yang langsung memadam harapan kedua-dua orang tuanya. Ayahnya tidak mempedulikannya lagi, dan ibunya tidak semesra dulu. Dan hidupnya saban tahun dirundung penyesalan. Apabila pandemik COVID-19 melanda, masa depannya terus menjadi kelam. Dia hilang pekerjaan. Dia tiada hala tuju.

Ketika dia sudah putus harap, muncul Selena dengan tawaran pekerjaan – menjadi calon uji kaji eksperimen yang dinamakan RENTAS. Apa yang Reyzal (bukan nama sebenar) perlu lakukan adalah mengulangi semula hidupnya pada masa lampau, dengan mengambil jalan yang berbeza. Bunyinya seperti scam, namun Reyzal (bukan nama sebenar) tidak peduli. Yang penting bil bulanannya dapat dibayar (walaupun untuk satu bulan jika benar scam). Syaratnya, dia perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai perentas masa.

Ini peluangnya untuk menebus kembali kesilapan lalu. Demi mendapatkan kembali kasih sayang ayah dan ibu, dan menjalinkan kembali cinta lama yang terputus, ini peluangnya untuk mengubah takdir!

ERRATA:

*Sambungan teks pada muka surat 93:

Fikiran dan jiwa melayang tidak bersauh sehingga aku tidak sedar yang bintang mulai menari di langit. Hampir ketiadaan awan di langit Eropah. Bayu malamnya lebih dingin daripada bayu kota Lembah Klang, membuatkan aku cepat-cepat menutup tingkap dan bersedia untuk tidur. Ketika mengambil baju dari almari, aku terpandang kotak besar pemberian ibu. Aku terlupa akan kotak tersebut kerana terletak di sudut almari yang agak tersorok.
 

“Apa yang ibu bagi ni?” tanyaku sambil tangan mula membuka pembalut dengan cermat. Darah dan perasaan curiga menderu serentak. Selesai membuka, aku gembira bukan kepalang. Tapi tidak sampai satu minit, aku serta-merta resah.
 

“Mana nak sorok periuk nasi ni nanti?"

 

**Pembetulan sudah dibuat pada cetakan kedua.
 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025