Ebook

Semi Rapsodi

oleh Natasha Mazya, Syewe Yoss

RM 18.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9786297708898

Tarikh Terbit: 28 May 2025

BISAC: COMICS & GRAPHIC NOVELS / Light Novel (CGN004320)

Imprint: Komik-M

Bagi Raine, Aloy, Aki, Mylo dan Oliver, muzik menjadi perekat yang mencantumkan sisi berbeza mereka. Segala susah senang mereka harungi bersama-sama demi mencapai cita-cita. Seiring sabar dan usaha, terlahirlah kumpulan Shiver Me Timbre. Kehidupan mereka selaku kugiran pop-punk yang berjaya tidak kekal lama apabila mereka dianiaya oleh Seth, sang pengurus durjana. Tekanan fizikal dan mental yang diterima menjerumuskan mereka kepada pembubaran, mengusir segala kemahsyuran yang dikecapi.

Raine membawa diri ke tempat yang tiada siapa antara empat sahabatnya dapat temukan. Demi membina kehidupan baharu bersama adiknya, Leah, Raine bekerja sebagai barista di sebuah kafe kecil di hujung kota. Di situ dia bertemu dengan Darlene, si gadis baik hati yang datang membawa kemanisan tatkala dia cuba melupakan kepahitan hidup.

Namun, rindu empat sahabat yang mendalam terhadap Raine mencetus misi pencarian yang penuh pancaroba dan telatah. Dapatkah mereka menyatukan semula lima hati yang sudah sekian lama terpisah?

Bagi Raine, Aloy, Aki, Mylo dan Oliver, muzik menjadi perekat yang mencantumkan sisi berbeza mereka. Segala susah senang mereka harungi bersama-sama demi mencapai cita-cita. Seiring sabar dan usaha, terlahirlah kumpulan Shiver Me Timbre. Kehidupan mereka selaku kugiran pop-punk yang berjaya tidak kekal lama apabila mereka dianiaya oleh Seth, sang pengurus durjana. Tekanan fizikal dan mental yang diterima menjerumuskan mereka kepada pembubaran, mengusir segala kemahsyuran yang dikecapi. Raine membawa diri ke tempat yang tiada siapa antara empat sahabatnya dapat temukan. Demi membina kehidupan baharu bersama adiknya, Leah, Raine bekerja sebagai barista di sebuah kafe kecil di hujung kota. Di situ dia bertemu dengan Darlene, si gadis baik hati yang datang membawa kemanisan tatkala dia cuba melupakan kepahitan hidup. Namun, rindu empat sahabat yang mendalam terhadap Raine mencetus misi pencarian yang penuh pancaroba dan telatah. Dapatkah mereka menyatukan semula lima hati yang sudah sekian lama terpisah?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026