Tun M : Inilah Perjuangan adalah catatan peribadi penulis mengenai idea dan pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengkisahan ini bermula daripada pertemuan dengan budayawan dan tokoh bahasa Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dari Kampung Rim, Jasin, Melaka yang mendorong permulaan usaha menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah perjuangan orang Melayu membina negara bangsa Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia; berjudul Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan pada 2006, seterusnya membawa kepada pertemuan penulis dengan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025