Ebook

Why French Children Don’t Talk Back

oleh Catherine Crawford

RM 30.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9786297564715

Tarikh Terbit: 30 Sep 2023

Chaterine Crawford, seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, lelah dengan budaya ibu bapa gaya Amerika yang terlalu bertoleransi dan sering bergelut dengan pilihan bersama anak-anak. Hasil sikap berlembut secara berlebihan bukan sahaja merumitkan rutin hariannya, malah sedikit sebanyak menghasilkan anak yang bersikap memberontak dan tinggi kehendak.

Selepas mengkaji dan mendekati budaya parenting gaya Perancis, beliau kagum dengan tata tertib dan adab yang tinggi yang ada pada kanak-kanak mereka. Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya Perancis memang terkenal duduk tertib ketika makan malah tidak cerewet dalam memilih makanan ataupun tantrum ketika membuat keputusan saat bermain dan berkongsi mainan.

Walaupun buku ini mendedahkan kaedah membesarkan anak gaya Perancis, penulis juga tidak menolak sepenuhnya gaya pendidikan yang lain. Baca perkongsian lanjut beliau mengenai apa yang boleh dipelajari dengan cara pendidikan orang Perancis dalam membesarkan anak-anak di rumah.

Bab 1: Voici la Situation atau Keadaan Kita Sekarang

Bab 2: On Début Français atau Mendekati Amalan Ibu Bapa Perancis

Bab 3: Vous Etes le Chef atau Langkah-Langkah Menjadi Pemimpin

Bab 4: Homme, Femme, Enfants atau Tetapkan Batasan Supaya Kekal Waras

Bab 5: Le Repas de Famille atau Makan Malam Bersama Keluarga

Bab 6: Les Plaisirs Simples atau Kesenangan Hidup yang Sederhana

Bab 7: Les Petits Tresors atau Mengajar Seni Kehidupan Gembira

Bab 8: La Conclusion atau Kesimpulan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024