Penulis

Abdul Aziz Bari

Dr. Abdul Aziz Bari lahir di Sabak Bernam, Selangor DE pada 1959. Selepas menamatkan pendidikan rendah dan menengah awal di Sabak Bernam, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur sehingga 1976.

Beliau mendapat pendidikan undang-undang di Malaysia dan England; dengan sarjana (LLM) dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Nottingham dan kedoktoran (Ph.D.) dalam undang-undang perlembagaan dari Universiti Birmingham.

Bekas profesor undang-undang di UIAM ini bersara awal pada 2012 selepas berkhidmat lebih 22 tahun. Sebelum ini, beliau telah menerbitkan 10 buah buku berkenaan pelbagai aspek perlembagaan negara. Beliau juga telah menulis lebih 500 artikel ilmiah dan popular perihal perlembagaan dan politik. Beliau juga telah membentangkan lebih 150 kertas seminar dalam dan luar negara. Kini, beliau mengajar di Fakulti Sains Sosial, Unisel.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024