Penulis

Adam Khoo

Adam Khoo adalah seorang usahawan, penulis buku best seller dan penceramah. Dia menjadi jutawan pada usia 26 tahun. Pada waktu itu, dia memiliki empat buah syarikat dalam bidang pengiklanan, pengurusan acara, pendidikan dan latihan. Dia adalah CEO Adam Khoo Learning Technologies Group yang mengadakan program latihan dan seminar bagi syarikat multinasional dan individu di seluruh Asia. Adam Khoo menulis tiga buah buku best seller iaitu, I am Gifted, So Are You!, How to Multiply your Child’s Intelligence dan Clueless in Starting a Business. Pada usia 29 tahun, Adam sudah melatih lebih daripada 50,000 profesional, pengurus, eksekutif, usahawan, guru dan pelajar dalam bidang pembelajaran pantas iaitu NLP dan strategi mencapai prestasi puncak. Dia membina program-program latihan yang popular iaitu Pola Kecemerlangan, Superkids dan I am Gifted, So Are You! Kisah kejayaannya sering terpapar di media cetak dan elektronik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024