Penulis

Aristokra_Gambar_Ahmad_Patria_Kulit_Belakang_Bahagian_Dalam

Ahmad Patria

Ahmad Patria Abdullah, dilahirkan pada 26 Mei 1968 merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara, Dato’ Abdullah Hussain. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, dari tahun 1975 hingga tahun 1980. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Pahang. Pada tahun 1988, beliau diterima masuk ke Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia dan menamatkan pengajian pada tahun 1992.

Beliau mula dikenali dengan siri novel fantasi Saga Artakusiad, di mana beliau disebut sebagai pelopor kepada sastera fantasi di negara ini. Novel pertama beliau, Permata Aurorius, buku pertama dalam siri fantasi Saga Artakusiad diterbitkan pada 1987 sewaktu beliau berumur 17 tahun. Lebih membanggakan, novel ini terpilih memenangi anugerah Book of the Year oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan pada tahun yang sama. Datoʼ Johan Jaafar dalam temu ramahnya dalam akhbar Berita Harian menyifatkan Permata Aurorius sebagai novel fantasi terbaik pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024