Penulis

Ahmad Sarwat

Ahmad Sarwat adalah seorang penulis yang berasal daripada negara jiran, Indonesia. Beliau adalah seorang graduan sarjana muda di Fakulti Syariah dalam jurusan Perbandingan Mazhab di Universiti Islam Al-Imam Muhammad Ibnu Su’ud Al-Islamiyah, Arab Saudi (LIPIA). Penulis kemudiannya meraih ijazah sarjana selepas menyelesaikan kuliah sarjana di Institut Ilmu Al-Quran (IIQ), Jakarta dengan pengkhususan dalam bidang Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith.​

Selain daripada aktif dalam bidang penulisan dan ceramah agama,penulis menjawat jawatan sebagai Direktor Rumah Fiqh Indonesia (www.rumahfiqih.com), sebuah institusi yang tidak berasaskan keuntungan. Institusi ini bertujuan melahirkan para pewaris ulama pada masa akan datang dengan misi mengkaji, mendalami, dan menghidupkan ilmu fiqh perbandingan yang asli, mendalam, serta seimbang antara mazhab-mazhab sedia ada.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024