Aisha Iman

Aisha Iman binti Md Esa dilahirkan pada 22 Oktober 2003 di Hospital Pantai, Bangsar. Penulis cilik ini merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak. Pada masa lapang, beliau gemar melayari Internet, menulis, membaca buku, dan bermain piano. Apabila dewasa nanti, beliau bercita-cita mahu menjadi usahawan yang berjaya.